Sabtu, 3 Oktober 2015

Assalamualaikum, saya ingin mengetengahkan sedikit perbendaharaan kata bahasa Melayu. Saya rasa sedikit kecewa dengan masyarakat kita yang kurang menggunakan bahasa Ibunda dalam perbualan seharian. Pakar bahasa Melayu juga selalu saja menginggeriskan bahasa Melayu menyebabkan jati diri bahasa Melayu kian terhakis dan terhapus. Hal ini sebenarnya disebabkan kurang penggunaan dan maklumat berkenaan bahasa Melayu. Masyarakat yang mencintai bahasa adalah masyarakat yang mencintai bangsanya.

"KATA SAPAAN DALAM BAHASA MELAYU"

Bahasa Melayu mempunyai banyak kataan sapaan yang sedap didengar tetapi tidak digunakan, dirasmikan dan disebarkan sebagai bahasa Melayu piawai. Contoh kata sapaan bahasa Melayu;

(Bahasa Melayu)        (Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum! ~ Peace be upon you! Hello! Hi! Goodbye! Farewell!
Sejahtera! ~ Good day! Greetings! Hello! Hallo! Hullo! Halloa! Hi! Goodbye! Farewell! Bye-Bye!                                  Tata! Cheerio!
Damai! ~ Good day! Greetings! Hello!  Hallo! Hullo! Halloa! Hi! Goodbye! Farewell! Bye-Bye!                            Tata! Cheerio!
Apa khabar? ~ Howdy! Hello! Hello? Hallo! How do you do! How do you do?
Salam! ~ Hello! Hi! Farewell! Goodbye! Greetings!

Kenapa pakar bahasa Melayu dan bangsawan Melayu tidak menggunakannya dan kenapa lebih suka meminjam kosa kata bahasa Inggeris sahaja sehingga beribu-ribu istilah Inggeris yang diserap ke dalam bahasa Melayu tetapi yang peliknya perkataan yang dipinjam memang sudah ada dalam bahasa Melayu. Contoh, kenapa perlu menggantikan perkataan prasarana, maklumat dan ilham kepada infrastruktur, informasi dan inspirasi. Padahal, ketika zaman Za'ba dan Tun Abdul Rahman, mereka berusaha keras mempertahankan bahasa Melayu, menjaga kemurnian dan jati diri bahasa Melayu. Kenapa kita tidak??? Saya rasa malu dengan bahasa kita kerana banyak pinjaman Inggeris yang merosakkan jati diri, kosa kata dan bunyi bahasa Melayu. Jikalau bahasa Melayu tidak ada istilah perkataan seperti "basikal" atau Inggerisnya "bicycle". Kenapa tidak ambil saja perkataan atau kosa kata daripada bahasa serumpun atau loghat negeri?? Kerana basikal sudah ada istilahnya dalam bahasa serumpun dan loghat Melayu iaitu "gerek". Bahasa serumpun dengan bahasa Melayu ialah bahasa Indonesia, bahasa Filipina, bahasa Jawa, Bahasa Minangkabau, dan sebagainya. Saya rasa sangat kecewa dengan masyarakat kita yang tidak sedikit pun memikirkan bahasa kita. Itu baru sahaja bab kosa kata bahasa Melayu, belum lagi tulisan bahasa Melayu. Dahulu kita guna tulisan jawi tetapi diubah kepada tulisan rumi supaya bahasa Melayu mudah diinggeriskan. Kalau macam tu, baik tak payah panggil bahasa Melayu, panggil bahasa "Manglish" . Kita juga sudah didedahkan dan dimaklumkan bahawa bahasa Melayu juga ada tulisannya iaitu "Tulisan Rencong" yang sudah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Kenapa kerajaan tidak gunakan dan sesuaikan tulisan itu dalam bahasa Melayu. Saya rasa sangat malu dengan pakar bahasa kita sekarang sebab tidak seperti  dahulu yang bertungkus-lumus mempertahankan bahasa. Saya sangat kagum dengan Tan Sri Muhyidin Yasin, bekas timbalan menteri Malaysia kerana membesarkan bahasa Melayu di depan media massa, walaupun wartawan berbahasa Inggeris. Itu sahaja yang dapatkan saya kongsikan Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendengar luahan daripada pencinta bangsa dan bahasa Melayu. Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan