Selasa, 11 Oktober 2016

IMBUHAN MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM BAHASA MELAYU

Tabik! Sejahtera! Damai! Hai! Helo!

         Sebenarnya bahasa Melayu kaya dengan kosa kata tapi hari ini menjadi miskin disebabkan ahli-ahli bahasa Melayu angkatan baru yang kurang mementingkan keaslian bahasa ibunda Melayu. Kita sebagai pencinta bahasa dan pejuang bahasa Melayu berasa malu dengan sikap sesetengah ahli-ahli bahasa Melayu angkatan baru yang mengaku memperjuangkan bahasa kebangsaan Malaysia sedangkan peminjaman yang melampau sering saja berlaku dalam lidah (bahasa) ibunda Melayu. Seharusnya bahasa kebangsaan tidak boleh disamatarafkan dengan bahasa Inggeris kerana bahasa kebangsaan melambangkan jatidiri atau tanda pengenalan sesebuah bangsa dan negara. Orang barat seperti orang Amerika mari ke Malaysia bukan mahu melihat bangunan-bangunan tinggi atau bukan pula mahu mendengar bahasa mereka digunakan di sini kerana mereka juga mempunyai bangunan-bangunan yang lebih besar daripada apa yang kita ada, akan tetapi sebaliknya mereka mahu melihat dan mempelajari adat-adat, budaya warisan yang ada di sini termasuknya bahasa. Mereka yakni orang-orang luar mahu mendengar dan mempelajari kebitaraan (keunikan) bahasa yang digunakan kerana mereka juga minat mempelajari bahasa asing sedangkan bahasa kita penuh dengan istilah pinjaman bahasa mereka, rasa-rasanya adakah mereka akan berminat mempelajari bahasa kita? adakah mereka akan rasa bahasa kita bitara atau unik? tentu sekali tidak kerana bahasa kita rosak dan punah keaslian bahasa keran terlampau banyak meminjam istilah Inggeris. Sebenarnya kebitaraan (keunikan) atau ketunggalan bahasalah yang membuatkan mereka ingin mempelajari bahasa kita walhal bahasa kita sudah tidak lagi bitara (unik) kerana peminjaman yang berleluasa dan melampau-lampau sehingga kosa kata yang sudah tersedia ada tidak digunakan malah diganti pula dengan istilah pinjaman Inggeris yakni bekas penjajah negara kita.

       Dalam masa yang sama, pejuang dan pencinta bahasa Melayu sebenarnya tidak benci kepada bahasa Inggeris, malah mereka juga suruh kita mempelajari bahasa Inggeris. Akan tetapi pada hari ini, ahli bahasa kita sudah terpesong dan salah faham dengan pejuang dan pencinta bahasa Melayu dengan menyatakan bahawa mereka anti bahasa inggeris atau nyahbahasa Inggeris. Ini menunjukkan sikap sesetengah ahli-ahli bahasa Melayua angkatan baru yang kurang matang dan terlampau mendewa-dewakan bahasa asing terutama Inggeris yang terang-terang pernah menjajah negara kota kita pada suatu ketika dahulu. Seandainya pendeta Za'aba dan ahli-ahli bahasa seangkatan dengannya masih hidup pasti mereka berasa kecewa, sedih dan marah dengan perbuatan khianat bahasa atau perosakan keaslian bahasa yang sering dilakukan oleh ahli-ahli bahasa Melayu angkatan baru sekarang.

        Selain itu, ahli-ahli bahasa Melayu angkatan baru juga terkeliru dengan pemahaman yang diterapkan oleh pejuang dan pencinta bahasa Melayu. Mereka juga tersalah faham kerana yang dimaksudkan oleh ahli-ahli bahasa pinjaman melampau-lampau itu ialah peminjaman yang dilakukan secara bahasa asing atau Inggeris yang merosakkan keaslian bahasa Melayu dan juga bahasa yang sudah ada dan tersedia ada tidak dipakai malah digantikan pula dengan istilah Inggeris yang bersifat asing dan merosakkan bunyi jati bahasa kita. Contoh, kenapa perlu meminjam istilah ''basikal" daripada bahasa Inggeris iaitu "bicycle" sedang istilah Melayu sudah ada iaitu "gerek" yang sering digunakan di negeri Kedah, Malaysia dan kenapa perlu meminjam istilah "helikopter" yang disadur daripada bahasa Inggeris iaitu "helicopter" sedangkan bahasa kita sudah ada istilah itu iaitu "engkabang" yang sering digunakan oleh suku-suku di Sabah dan Serawak, Malaysia. Tidakkah kosa-kosa kata itu menunjukkan keaslian bahasa ibunda kita dan menunjukkan juga keaslian bahasa setempat dan kenapa ahli bahasa Melayu angkatan baru lebih senang menggunakan kata Inggeris atau istilah asing seperti "helikopter" dan "basikal" dibandingkan dengan istilah kita yakni istilah setempat atau serumpun iaitu "gerek" dan "engkabang"? itulah satu kesilapan dasar yang dilakukan oleh ahli-ahli bahasa Melayu angkatan baru sekarang yang terlalu mengginggeriskan bahasa. Jika, kita nak pandai berbahasa Inggeris maka belajarlah bahasa Inggeris bukannya inggeriskan bahasa Melayu.

       Ini contoh pengimbuhan yang dibina berlandaskan kebijaksanaan para pejuang dan pencinta bahasa Melayu. Jika kita berfikir balik, dengan imbuhan ini saja bahasa akan mantap dan bergaya jika dibandingkan dengan istilah yang dipinjam daripada bahasa Yunani kuno dan Latin kuno. Bahasa kita juga boleh berkembang dan terbina dengan hebat dan sempurna jika ahli-ahli bahasa membuka mata dan mempertahankan kesucian dan keaslian bahasa ibunda tanpa meminta sedekah dan meminjam-minjam daripada bahasa Inggeris dan Eropah.

Kata "sunting" boleh dikembangkan dengan pelbagai imbuhan dan memberikan pelbagai makna kepada kata itu. Contohnya, (untuk kata nama berbagai imbuhan)"penyunting" 1. pengedit, editor, pengarang, tukang sunting, jurusunting, sisunting, pandai sunting, pawang sunting; pemerkemas atau pengemas dan penyiap karangan (makalah, dll) utk dicetak, penyusun wayang (filem, dll) (sebelum ditayangkan): Anid Arsyad ialah seorang penyunting terkemuka di kota ini; 2. pemetik bunga dll (utk dijadikan sunting atau hias, dll); peletak bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sebagai perhiasan atau hias): Penyunting itu memberikan sunting (memakaikan atau meletakkan sunting atau hias) di kepala kawannya; 3. orang yang memakaikan sunting (memperpakaikan sunting daripada bunga-bungaan dll) kepada seseorang, orang yang memakaikan sunting atau hias kepada seseorang: Penyunting itu mendandani dan memakaikan suntingan bunga kepada pengantin perempuan itu; "pesunting" 1. sesuatu yang disunting, sitersunting, sidisunting, orang yg dipakaikan sunting (bungaan, dll) pada kepala atau di belakang telinga: pesunting itu kemaluan dan berasa malu kerana dipakaikan suntingan di kepalanya; 2. orang yang memakai sunting atau hias: pesunting itu selalu nampak bergaya dan cantik. 3. sesuatu yg disunting seperti wayang (makalah, karangan, filem, dan sebagainya): pesunting itu sudah disunting olehnya dengan lengkap. "disunting" 1. dipetik, terpetik atau kepetik bunga (dll utk dijadikan sunting di kepala atau di belakang telinga), tersunting, kesunting: Puspa itu disunting oleh Dayang Sari untuk dijadikan hadiah buat adik perempuannya. 2. diperkemas dan disiapkan karangan (makalah, wayang, dll) utk diterbitkan, disusun wayang (filem, dll) sebelum atau utk ditayangkan: Wayang itu disunting dengan bersungguh-sungguh supaya menghasilkan keluaran yang baik dan bermutu serta disukai ramai; "disuntingkan" 1. diletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga sebagai perhiasan: bunga itu disuntingkan oleh Amira di sanggulnya; 2. dimasukkan kata pendahuluan dll (dlm kitab, buku, dll), dicantumkan, kesunting, tersunting: karangan itu disuntingkan dengan berbagai-bagai kata-kata pujangga yang bersifat membina (positif); 3. diedit, diperkemas dan disiapkan karangan (makalah, dll) utk dicetak, disusun wayang (filem, dll) sebelum atau utk ditayangkan: Wayang itu disunting dengan begitu berhati-hati supaya menghasilkan wayang yang bermutu. "kesunting" 1. tersunting, disunting, telah disunting, diedit: Kitab-kitab (buku-buku) itu semuanya telah kesunting oleh Asmawati; 2. terhias dengan perhiasan bunga-bungaan dll yg dicucukkan di rambut atau di belakang telinga, tersunting, disunting: Cendana kesunting oleh ibunya dengan bunga mawar di kepalanya; 3. dipetik atau terpetik atau kepetik bunga (dll utk dijadikan sunting di kepala atau di belakang telinga): bunga itu kesunting oleh Asma; "tersunting" 1. kesunting, tersunting, disunting, telah disunting, diedit, diperkemas dan disiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak, disusun wayang (filem dll) sebelum ditayangkan, diedit: rakaman gambar suara (video) itu telah tersunting dengan sempurna; 2. diperkemas dan disiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak, diedit: Karangan itu telah tersunting dengan sempurna oleh penyunting yang pakar itu; 3. dipetik bunga (utk dijadikan sunting dll), disunting, kesunting, telah disunting: Bunga mawar itu tersunting oleh Cendana; "dipersunting" 1. diperisteri, dipersuamikan, dikahwini, terpersunting, ketersunting, terperisteri, terpersuamikan: Sahira telah dipersunting oleh lelaki yang tampan itu; "pemersunting" 1. orang yang mempersuntingkan seseorang, pemeristeri, orang yang memperisterikan seseorang, pemersuami, penditersunting, pengetersunting, orang yg mempersuamikan seseorang, orang yang memperisteri atau mempersuamikan seseorang: Pemersunting itu mahu memperisteri anak Maksu Limah yang digila-gilai oleh jejaka-jejaka di kampung itu; 2. orang yang memperpakai sunting (bunga-bungaan dll) kepada seseorang yang lain, orang yang memakaikan sunting atau hias kepada seseorang: Pemersunting itu mendandani pengantin perempuan itu; "sitersunting" 1. sidisunting, sikesunting, pedipersunting, pekepersunting, petersunting, orang yg dipersuntingkan atau diperisteri atau dipersuamikan, pedipersunting itu kemaluan dan berasa malu serta gembira kerana dia bakal dikahwani dan sitersunting itu berasa terkejut dan malu dengan bakal mentua dan anak tunggalnya kerana dirinya bakal dipersunting; "tersuntingi" 1. dapat disunting, boleh disunting, dapat disuntingkan, boleh disuntingkan: wayang dan karangan itu tersuntingi dengan baik dan lengkap (sempurna); "sipersunting" 1. orang yg mempersunting seseorang, pemersunting, pemeristeri, pemersuami: sipersunting itu memperisterikan wanita yang anggun itu; "suntingan" 1. sesuatu (bunga, dll) yang disunting, petikan bunga dan lain-lain utk dijadikan sunting atau suntingan di kepala atau di belakang telinga: suntingan bunga itu dijadikan hadiah buat temannya; 3. hasil daripada menyunting atau sunting, buah daripada menyunting, hasilan daripada menyunting atau sunting: suntingan itu sungguh indah dan suntingannya sangat bagus, sempurna dan cantik sekali; 4. pembetulan atau pembaikan kitab (wayang, filem, makalah, rencana, karangan, dll), sesuatu (karangan, makalah, rencana, buku, pustaka, kitab, dll) yg disunting utk ditayangkan atau diterbitkan atau dicetak, edisi, editorial: suntingan kitab karangan itu telah disiapkan dengan sempurna dan diterbitkan setahun sekali, kamus suntingan kedua ~ kamus edisi kedua.

      Sekadar berkongsi ilmu dan berbagi pengetahuan supaya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar mencintai bahasa dan ingin menjaga keaslian bahasa ibundanya. Sekian sahaja daripada saya selaku mahasiswa dan salah seorang pencinta serta pejuang bahasa Melayu. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat. Tabik! 

Sabtu, 3 Oktober 2015

Assalamualaikum, saya ingin mengetengahkan sedikit perbendaharaan kata bahasa Melayu. Saya rasa sedikit kecewa dengan masyarakat kita yang kurang menggunakan bahasa Ibunda dalam perbualan seharian. Pakar bahasa Melayu juga selalu saja menginggeriskan bahasa Melayu menyebabkan jati diri bahasa Melayu kian terhakis dan terhapus. Hal ini sebenarnya disebabkan kurang penggunaan dan maklumat berkenaan bahasa Melayu. Masyarakat yang mencintai bahasa adalah masyarakat yang mencintai bangsanya.

"KATA SAPAAN DALAM BAHASA MELAYU"

Bahasa Melayu mempunyai banyak kataan sapaan yang sedap didengar tetapi tidak digunakan, dirasmikan dan disebarkan sebagai bahasa Melayu piawai. Contoh kata sapaan bahasa Melayu;

(Bahasa Melayu)        (Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum! ~ Peace be upon you! Hello! Hi! Goodbye! Farewell!
Sejahtera! ~ Good day! Greetings! Hello! Hallo! Hullo! Halloa! Hi! Goodbye! Farewell! Bye-Bye!                                  Tata! Cheerio!
Damai! ~ Good day! Greetings! Hello!  Hallo! Hullo! Halloa! Hi! Goodbye! Farewell! Bye-Bye!                            Tata! Cheerio!
Apa khabar? ~ Howdy! Hello! Hello? Hallo! How do you do! How do you do?
Salam! ~ Hello! Hi! Farewell! Goodbye! Greetings!

Kenapa pakar bahasa Melayu dan bangsawan Melayu tidak menggunakannya dan kenapa lebih suka meminjam kosa kata bahasa Inggeris sahaja sehingga beribu-ribu istilah Inggeris yang diserap ke dalam bahasa Melayu tetapi yang peliknya perkataan yang dipinjam memang sudah ada dalam bahasa Melayu. Contoh, kenapa perlu menggantikan perkataan prasarana, maklumat dan ilham kepada infrastruktur, informasi dan inspirasi. Padahal, ketika zaman Za'ba dan Tun Abdul Rahman, mereka berusaha keras mempertahankan bahasa Melayu, menjaga kemurnian dan jati diri bahasa Melayu. Kenapa kita tidak??? Saya rasa malu dengan bahasa kita kerana banyak pinjaman Inggeris yang merosakkan jati diri, kosa kata dan bunyi bahasa Melayu. Jikalau bahasa Melayu tidak ada istilah perkataan seperti "basikal" atau Inggerisnya "bicycle". Kenapa tidak ambil saja perkataan atau kosa kata daripada bahasa serumpun atau loghat negeri?? Kerana basikal sudah ada istilahnya dalam bahasa serumpun dan loghat Melayu iaitu "gerek". Bahasa serumpun dengan bahasa Melayu ialah bahasa Indonesia, bahasa Filipina, bahasa Jawa, Bahasa Minangkabau, dan sebagainya. Saya rasa sangat kecewa dengan masyarakat kita yang tidak sedikit pun memikirkan bahasa kita. Itu baru sahaja bab kosa kata bahasa Melayu, belum lagi tulisan bahasa Melayu. Dahulu kita guna tulisan jawi tetapi diubah kepada tulisan rumi supaya bahasa Melayu mudah diinggeriskan. Kalau macam tu, baik tak payah panggil bahasa Melayu, panggil bahasa "Manglish" . Kita juga sudah didedahkan dan dimaklumkan bahawa bahasa Melayu juga ada tulisannya iaitu "Tulisan Rencong" yang sudah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Kenapa kerajaan tidak gunakan dan sesuaikan tulisan itu dalam bahasa Melayu. Saya rasa sangat malu dengan pakar bahasa kita sekarang sebab tidak seperti  dahulu yang bertungkus-lumus mempertahankan bahasa. Saya sangat kagum dengan Tan Sri Muhyidin Yasin, bekas timbalan menteri Malaysia kerana membesarkan bahasa Melayu di depan media massa, walaupun wartawan berbahasa Inggeris. Itu sahaja yang dapatkan saya kongsikan Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendengar luahan daripada pencinta bangsa dan bahasa Melayu. Assalamualaikum!